Labels

Sunday, January 31, 2010

Jika Itu Takdir-Mu 1

Hmmm... Cane ek??? Nak terima ke x... Aduh...sakitnye kepala...warghhh!!! Aku paling tak suka bab2 camni... Dalam aku dok termenung, fikiranku menerawang kepada insiden 4 bulan yang lepas...
Sreettt!!!! Bunyi brek yang tetiba menarik perhatianku untuk menoleh... Astaghfirullah... ada accident... Nak kene tolong neh...

"Atok tak apa-apa??" Perlahan kepalanya digeleng...
"Ya Allah, kepala atok cedera nih...meh saya bawak ke hospital!!" Dengan kudrat yang ada jasad atok kupimpin hingga ke dalam kereta. Isy, berat jugak ea atok nih... tak padan kurus...heheh... Sempat gak aku mengutuk... Ampun... huhu.

Atuk segera kubawa ke kaunter pendaftaran kat hospital. Doktor meminta aku tandatangan surat kebenaran untuk bedah. Orang yang langgar atok tu pun ada sama. nasib baik dia nak bertanggungjawab. Camne nih?? Aku bukan ahli keluarga dia. Tak berani aku... Wahai otak, cepatlah kau buahkan idea...huhu.

Ha, telefon!! Cepat cari handphone atok nih...!! Jumpa pun. Cari nombor anak dia ke, saudara dia ke, cucu ke. Ha, "cucu atok 2". Ni confirm cucu dia nih...meh aku tepon...

" Hello, assalamualaikum. Ni cucu atok kan? "
"Waalaikumussalam, sape nih?"
"Encik, saya nak bagitau atok encik tengah kritikal sekarang. Tadi dia terlibat ngan accident masa lintas jalan. Encik perlu datang ke hospital ni. Kene tandatangan surat kebenaran nak bedah. Atok encik kat Hospital Pantai Mutiara. Datang cepat!!! Assalamualaikum...

Atok accident?? tadi baru je pas berbual dengan atok.. Harapnye takde apa-apa yang terjadi.. Ya Allah selamatkanlah atukku...huhu

Aku mundar-mandir depan pintu bilik pembedahan menunggu "cucu atok 2" datang. Hai,lambat betul mamat ni datang... takkan xjumpe bilik ni kot...aku siap bagi maklumat detail lagi, macam buat pidato dah ak bagitau dia tadi... isy3...
Selang 10 minit seorang lelaki yang seperti aku kenal menuju ke arahku. Eh,kenal ke? Ah, takde masa nak fikir...

"Encik cucu atok 2?? cepat sain borang ni.. Doktor perlu tandatangan encik untuk teruskan pembedahan atok encik..
Ecece..berlagak macam doktor pulak aku ni... Doktor ekonomi jugak yang aku jadi..wuwu~

Alhamdulillah semua dah settle, doktor cakap atok tak apa-apa,cuma lakukan pembedahan kecil sebab terdapat serpihan kaca kat mata, luka kat kepala kene jahit dan kulit tangan kanan terkopek..
So, aku apa lagi..cabut!!! banyak tau keje belum settle lagi..nak pergi pejabat uruskan kerja aku lagi... ingatkan kuar kejap je..kantoi aku kene ngan bos pasni..huhu
Mesti pasni kene tambah hari duk kat Bayan Lepas sampai keje aku habes...nak balik!!!! rindu kat mama, rindu kat masakan dia...huhu


P/S: this is my first novel...hope u all readers enjoy it... sorry if my idea does'nt match with ur desire n ur mind and soul requirement...huhu.
nak tau what actually watak wanita ni fikirkan, tggu episod seterusnya..insya-Allah..^_^

No comments:

Post a Comment